Cari @ Amanz

YouTube akan menghalang pengguna aplikasi penghalang iklan atau lebih dikenali sebagai AdBlock daripada menstrim kandungan mereka. Beberapa amaran telahpun diterima pengguna pemalam ini di pelayar web popular. Tetapi menurut laporan Bleeping Computer, YouTube kini menguji membenarkan pengguna AdBlock menonton tiga video sahaja sebelum penstriman dihalang.

Pengguna kemudian diberikan pilihan mematikan AdBlock atau melanggan kepada YouTube Premium. YouTube mengesahkan kepada Bleeping Computer mengenai kajian ini tetapi tidak pula berkongsi maklumat di pasaran mana ciri ini sedang diuji.

Dengan semakin banyak iklan di YouTube, pengguna mungkin telahpun bosan dan memilih menggunakan AdBlock. Namun begitu ini boleh menjejaskan pendapatan YouTube maka perlu dihalang. Adakah anda menggunakan pemalam AdBlock di desktop? Sekiranya ya apakah yang akan anda lakukan apabila penstriman dihalang oleh YouTube kelak?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd