Carian
OpenAI Disaman Kerana Didakwa Melanggar Harta Intelek Ribuan Penulis
June 30, 2023 Effi Saharudin

Menerusi ChatGPT, OpenAI berjaya menghasilkan kecerdasan buatan (AI) yang mengubah landskap pekerjaan. Dalam masa kurang setahun, AI kini digunakan dalam pelbagai aplikasi dan perisian popular seperti Microsoft Office. Tetapi di California, OpenAI telah disaman oleh beberapa penulis kerana didakwa melatih ChatGPT menggunakan karya yang mempunyai hak cipta.

Paul Tremblay dan Mona Awad adalah dua penulis yang melakukan saman kumpul mewakili ribuan penulis yang karya mereka digunakan untuk melatih ChatGPT tanpa kebenaran. Menurut mereka ChatGPT boleh menghasilkan kesimpulan yang tepat mengenai buku-buku tulisan mereka yang mengesahkan ia telah digunakan untuk melatih AI.

Dalam writ saman, OpenAI dipercayai menggunakan sehingga 300,000 buku sebagai sumber latihan tanpa membayar pampasan kepada pemegang harta intelek. Selain OpenAI, Stability AI, Midjourney dan DeviantArt juga telah disaman tahun ini oleh artis kerana AI generatif mereka didakwa menggunakan harta intelek tanpa kebenaran.

Komen