Carian
Spesifikasi OnePlus V Fold Tertiris – Snapdragon 8 Gen 2, Tri-Kamera 48MP Hasselblad
June 30, 2023 Fahim Zahar

Minggu lepas imej pengolokan OnePlus V Fold telah tertiris memperlihatkan rekaan lebih kurang sama dengan Vivo X Fold2. Terkini daripada sumber yang sama iaitu OnLeaks, mereka mendedahkan spesifikasi penuh untuk peranti dengan skrin boleh-lipat generasi pertama OnePlus.

Skrin di dalam dikatakan bersaiz 7.8″ AMOLED dengan resolusi 2K, skrin luar 6.3″AMOLED dan kedua-duanya menyokong kadar segar semula 120Hz. Cip pemprosesan dilaporkan adalah Snapdragon 8 Gen 2, dipadankan dengan memori 16GB RAM, storan 256GB dan 4800mAh dengan sokongan pengecasan pantas 67W.

Untuk kamera OnePlus V Fold mungkin menyertakan konfigurasi tri-kamera Hasselblad 48MP sudut lebar + 48MP sudut ultra-lebar + 64MP telefoto. Kamera swafoto di dalam adalah 20MP sementara di luar 32MP. Mengekalkan identiti OnePlus, suis notifikasi susu akan dikekalkan, menjalankan sistem operasi OxygenOS 13.1 berasaskan Android 13.

Memandangkan OnePlus V Fold dilaporkan akan dilancarkan pada Ogos, dengan lebih kurang satu bulan sahaja lagi saya tidak akan terkejut jika spesifikasi di atas adalah benar. Sama-sama kita nantikan harga jualannya dan informasi adakah ia akan dilancarkan di Malaysia.

Komen