Tecno Pova 5 Rasmi Dengan Cip Helio G99, Bakal Ke Malaysia Dalam Masa Terdekat
Amy Maizuraa
Tecno telah memperkenalkan telefon pintar baharu keluarannya iaitu Pova 5 yang dilengkapi spesifikasi kelas pertengahan.
Bermula dengan skrin, ianya sebesar 6.78″ IPS LCD dengan kadar segar semula 120Hz lebih tinggi berbanding skrin 90Hz pada Pova 4. Namun kelemahan mula kelihatan apabila model baharu ini sekadar menggunakan skrin LCD berbanding AMOLED pada generasi sebelum ini.

Seterusnya, cip MediaTek Helio G99 masih dikekalkan pada Pova 5 dengan pilihan memori 8GB RAM (LPDDR4X), RAM maya sehingga 8GB dan storan dalaman 256GB. Ini digabungkan lagi dengan kamera utama 50MP (utama) + lensa AI dan kamera swafoto 8MP. Bateri pula pula sebesar 6,000mAh dengan sistem pengecasan 45W yang menggunakan port USB-C.

Terdapat juga sistem imbasan cap jari sisi, pembesar suara stereo, bicu audio 3.5mm dan NFC yang diberikan. Dalam masa sama, peranti juga disediakan dalam beberapa pilihan warna seperti Hurricane Blue, Amber Gold dan Mecha Black, serta bakal ditawarkan di Malaysia dalam masa terdekat ini.