Cari @ Amanz

Twitter menghadapi masalah pada hujung minggu lalu yang menyebabkan jumlah bacaan harian dihadkan ke sekitar 600 sehari. Langkah diambil selepas Elon Musk mengatakan data pengguna dicuri tanpa kebenaran oleh pihak tiga. Ini menyebabkan Twitter hampir mustahil untuk digunakan kerana ciapan tidak boleh diakses. Oleh sebab ini, pendaftaran akaun baharu di BlueSky meningkat secara mendadak.

BlueSky yang merupakan alternatif kepada Twitter oleh Jack Dorsey masih lagi di peringkat Beta dengan anda memerlukan jemputan sebelum boleh mendaftar. Sugguhpun begitu jumlah pengguna baharu telah menyebabkan berlakunya gangguan kepada perkhidmatan yang tidak bersedia untuk menanggung peningkatan trafik secara mendadak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd