Tesla Menjadualkan Kemasukkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada 20 Julai
Aman
Tesla kini secara rasminya menjadualkan kemasukkan dan pelancaran syarikat mereka di Malaysia, pada 20 Julai 2023. Tesla dijangka berkongsi akan berkenaan visi dan sasaran mereka untuk pasaran Malaysia pada tarikh berkenaan.

Untuk makluman, sebelum ini, kerajaan telah mengesahkan kemasukkan Tesla ke pasaran tempatan, dan turut mengatakan bakal membina sehingga 50 Supercharger di seluruh Malaysia dalam tempoh tiga tahun. Selari dengannya juga, Tesla turut telah memulakan pencarian pekerja tempatan sebelum ini.
Dengan langkah kemasukkan Tesla secara rasminya, kita akan mendengar lebih lanjut berkenaan visi mereka untuk pasaran tempatan – termasuk bagaimana mereka akan mengubah arena kereta elektrik di Malaysia. Sama-sama kita nantikan kejutan pihak Tesla dalam sekitar tiga minggu lagi.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.