Carian
Pengeluaran Apple Vision Pro Dikurangkan Ke Sekitar 400K Unit Sahaja Kerana Isu Pengilangan
July 4, 2023 Effi Saharudin

Tahun depan Apple Vision Pro akan dijual secara rasmi sebagai set kepala AR pertam daripada syarikat gergasi dengan nilai pasaran $3 trilion. Tetapi kini muncul laporan daripada Financial Times mengatakan pengeluaran set kapal ini akan dikurangkan ke 400,000 unit sahaja berbanding cadangan 1 juta unit kerana isu pengeluaran.

Isu melibatkan kualiti akhir pada skrin yang digunakan pada bahagian dalam dan luaran Vision Pro. Kerana isu ini Apple diramalkan tidak menghasilkan Vision Pro dalam jumlah yang disasarkan sebelum ini. Namun begitu dalam laporan yang sama, terdapat dakwaan Apple hanya memesan sesetengah komponen cukup untuk sekitar 150,000 set kepala sahaja menunjukkan pengeluaran mungkin lebih rendah kerana isu kualiti atau sebagai persediaan kurangnya sambutan daripada orang ramai.

Produk generasi pertama Apple memang secara lazimnya kurang mendapat sambutan kerana harga yang tinggi serta tidak mempunyai ciri yang menarik. Dengan sepasang Vision Pro dijual pada harga $3500, ini akan membuatkannya semakin sukar dibeli oleh orang kebanyakan.

Komen