Realme GT Neo5 telah dilancarkan pada Februari lalu dan kini kewujudan peranti pengganti untuknya telah mula kedengaran. Peranti tersebut mungkin dikenali sebagai Realme GT Neo6 yang dilihat menggunakan reka bentuk lebih kurang sama dengan pendahulunya.
Ia menunjukkan sebuah peranti dengan bonggol kamera yang besar di belakang yang memuatkan sistem tri-kamera dan LED Flash. Cumanya saiz bonggol kali ini lebih besar yang dilihat menutupi sehingga 1/3 daripada panel belakang peranti. Ia juga dijangka mempunyai lampun RGB seumpama yang digunakan pada GT Neo5, dalam pada itu cip Snapdragon 8 Gen 2 juga dijangka digunakan sebagai tunjang utama.
Tubuh peranti juga dilihat nipis bersama bingkai dibulatkan, yang bermakna kelak pastinya selesa di dalam tangan. Rekaan bahagian hadapan peranti tidak pula didedahkan, namun ia boleh menjadi skrin yang besar bersama lubang kecil untuk kamera swafoto. Skrin juga digunakan juga mungkin sejenis rata seperti GT Neo5 sebelum ini.
Kesemua butang laras suara dan kuasa pula diletakkan pada sisi kanan peranti. Imej pengolokan turut memperlihatkan peranti dengan kemasan serba hijau, tetapi lebih banyak pilihan mungkin tersedia selepas dilancarkan kelak.
- Sumber – OnLeaks