Cari @ Amanz

Better Tweetdeck ialah pemalam yang menjadikan penggunaan Tweedeck lebih mudah kerana terdapat pelbagai ciri yang tidak ditawarkan pada perkhidmatan asal. Dengan Tweetdeck kini dikemaskini ke versi baharu dan kelak akan memerlukan langganan Twitter Blue, pembangunan Better Tweetdeck kini dihentikan sepenuhnya.

Bermula hari ini 4 Julai 2023, Better Tweetdeck tidak lagi boleh digunakan. Pihak pembangun mengucapkan terima kasih kepada semua pengguna, mereka yang melaporkan pepijat, dan mereka yang memberikan untuk projek diteruskan sejak sembilan tahun yang lalu. Sebagai pengguna tegar Better Tweetdeck sejak tiga tahun yang lalu, kami antara yang kecewa kerana projek telah dihentikan secara mendadak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd