Carian
Xiaomi Malaysia Mengacah Peranti Baharu Dengan Skrin 90Hz Dan Cip Helio G88
July 4, 2023 Amy Maizuraa

Xiaomi Malaysia telah mengumumkan bahawa terdapat peranti baharu di bawah siri Redmi yang bakal tiba pada 7 Julai akan datang. Kini lebih banyak maklumat mengenainya yang mula didedahkan menerusi kemaskini baharu di media sosial rasmi.

Ia menunjukkan peranti akan mempunyai persediaan tiga kamera di belakang dengan sensor utama 50MP. Ini kemudiannya digabungkan pula dengan skrin hadapan berlubang kecil yang juga menyokong kadar segar semula 90Hz. Cip MediaTek Helio G88 juga akan digunakan sebagai tunjang utama peranti, seterusnya bateri pula sebesar 5000mAh. Tidak sekadar itu sistem imbasan cap jari sisi juga digunakan bagi tujuan sekuriti.

Jika dilihat secara kasar, spesifikasi yang didedahkan ini adalah menyerupai sebuah Redmi 12. Adakah ini bermakna peranti baharu yang diacah sebelum ini adalah sebuah Redmi 12? Sama-sama kita nantikan 7 julai ini bagi merungkai persoalan ini.

Komen