Carian
Xiaomi Malaysia Mengacah Kehadiran Peranti Baharu Dibawah Siri Redmi
July 3, 2023 Fahim Zahar

Xiaomi Malaysia hari ini mengumumkan mereka akan melancarkan peranti dibawah siri Redmi baharu tidak lama lagi. Tiada butiran yang didedahkan selain hanya mengacah tarikh pelancarannya yang dijadualkan berlangsung pada 7 Julai ini.

Berdasarkan apa yang telah disenaraikan di laman SIRIM, peranti ini besar kemungkinan adalah Redmi 12 yang hadir dengan rekaan mirip iPhone 14 Pro. Jika benar ini adalah peranti yang akan dilancarkan, Redmi 12 akan dijana cip Helio G88, hadir dengan skrin 90Hz, menggunakan konfigurasi tri-kamera 50MP dan menyokong perlindungan kalis air dan debu IP53.

Peranti ini dijangka akan menyertai siri Redmi lain yang sudah dilancarkan di Malaysia iaitu Redmi Note 12 Pro+, Redmi Note 12 5G, Redmi Note 12, Redmi 12C dan Redmi Note 12S.

Bagi anda sendiri, apakah tekaan anda berkenaan peranti Redmi yang bakal dilancarkan Xiaomi di Malaysia ini?

Komen