Carian
Nothing Phone (2) Akan Dilancarkan Di Malaysia 14 Julai Ini
July 4, 2023 Fahim Zahar

Nothing Phone (2) akan dilancarkan secara rasmi pada 11 Julai ini dengan rekaan rasmi telah pun didedahkan hari ini. Bagi peminat Nothing yang tertanya bilakah Phone (2) akan dilancarkan di Malaysia, jawapannya adalah pada 14 Julai akan datang. Nothing turut mengacah yang Phone (2) akan mempunyai kerjasama bersama Yes.

Nothing Phone (2) akan hadir dengan skrin AMOLED 6.7″, dijana Snapdragon 8+ Gen 1, memori mungkin mencapai 16GB RAM, storan dalaman 256GB, bateri 4700mAh, menjalankan Nothing OS 2, kemas kini perisian pula disokong sehingga tiga generasi Android. Peranti turut buat pertama kali akan hadir dengan pilihan warna kelabu.

Harga jualan dan butiran lain masih belum diketahui. Tetapi dianggarkan mungkin mencapai lebih RM3000 kerana Phone (2) adalah peranti mercu dan bukannya kelas pertengahan seperti Phone (1). Sama-sama kita nantikan butiran lanjut 14 Julai ini.

Komen