Carian
PDRM Akan Menerima 7000 Kamera Badan Bermula 2024
July 5, 2023 Effi Saharudin

Idea menggunakan kamera badan pada anggota Polis Diraja Malaysia mula disuarakan pada tahun 2020 oleh Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador. Selepas hampir empat tahun, penggunaannya akan akhirnya dimulakan pada 2024 dengan penerimaan 7000 unit kamera badan pertama.

Pihak PDRM masih dalam dalam proses menilai tender yang dikemukakan oleh 129 syarikat menurut Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman Sahabudin Abd Manan. Pada Disember tahun lalu kerajaan meluluskan RM30 juta untuk digunakan bagi tujuan menyokong sistem, peralatan sokongan dan latihan untuk penggunaan kamera badan oleh anggota PDRM. Kamera badan akan digunakan bagi membantu penguatkuasaan bagi menangani jenayah komuniti.

Di negara jiran Singapura penggunaan kamera badan sudah dilakukan sejak 2015. Sementara itu di negara maju ia digunakan secara ekstensif dengan beberapa video dikeluarkan kepada umum untuk insiden seperti di Uvalde. Ia boleh membantu polis untuk melakukan operasi dengan lebih telus kerana kesemua langkah yang diambil anggota polis dirakam sepanjang masa.

Komen