Carian
Mozilla Mengedarkan Kemas Kini Firefox Terakhir Untuk Windows 7 Dan Windows 8
July 5, 2023 Fahim Zahar

Tahun ini Microsoft telah menamatkan sokongan untuk sistem operasi Windows 7, Windows 8 dan Windows 8.1. Secara tidak langsung beberapa pembangun terkenal menamatkan sokongan aplikasi mereka untuk tiga platform ini. Antaranya adalah Google Chrome yang menghentikan sokongan pada Februari lalu.

Terbaru Mozilla telah mengedarkan kemas kini versi Firefox terakhir untuk Windows 7, Windows 8 dan Windows 8.1. Kemas kini ini adalah versi ESR 115 (Extended Support Release). Selepas kemas kini ini tiada lagi sokongan versi perisian akan diberikan. Mozilla walau bagaimanapun akan kekal mengedarkan kemas kini sekuriti.

Firefox ESR 115 turut akan disokong pada macOS macOS 10.12, 10.13, dan 10.14. Mereka yang ingin memuat turun pelayar web ini boleh terus tekan pautan di bawah;

Komen