Carian
Meta Sedia Beri Kerjasama Kepada SKMM Tangani Jenayah Dalam Talian Dan Kandungan 3R
July 5, 2023 Amy Maizuraa

Sebelum ini didedahkan bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap META, berhubung dakwaan kegagalan pihak berkenaan menangani isu kandungan memudaratkan di media sosial. Menurut SKMM, platform Facebook didapati dibelenggu sejumlah kandungan memudaratkan yang signifikan membabitkan elemen 3R, iaitu Race (kaum), Royalty (Raja).

Namun ia telah menemui jalan penyelesaian selepas mengadakan pertemuan bersama META yang juga disertai oleh PDRM pada 4 Julai lalu. Melaluinya META telah menyatakan komitmen dan ketersediaan untuk memberi kerjasama sepenuhnya kepada SKMM dan pihak berkuasa dalam menangani isu berkenaan. Diharapkan juga kerjasama ini akan menjadi titik tolak untuk mencegah banyak isu jenayah yang semakin berleluasa, sekaligus turut menjaga keselamatan pengguna.

Dalam pada itu, Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil turut berkongsi jumlah kerugian yang ditanggung rakyat Malaysia sehingga Mei 2023 menerusi platform META telah mencapai RM330 juta. Jumlah ini telah meningkat 25% lebih tinggi berbanding sepanjang tahun 2022 yang lepas.

Komen