RedMagic Gaming Tablet telah dilancarkan secara rasmi di China. Ia dibina dengan bahan berasaskan logam sepenuhnya namun dikatakan mampu menawarkan tubuh yang ringan dan nipis. Skrin LCD 12.1-inci yang dibuat khas oleh BOE dengan kadar segar semula 144Hz digunakan. Ini dipadankan juga beberapa citi tambahan lain seperti kecerahan puncak 600nits, nisbah skrin 16:10 dan kontras 1500:1.
Seterusnya cip Snapdragon 8+ Gen 1, memori sehingga 16GB RAM LPDDR5X dan storan mencapai 512GB UFS3.1 digunakan sebagai tunjang utama. Di samping turut sama memuatkan sistem penyejukan ICE Magic Cooling System bagi tujuan prestasi lebih baik. Kapasiti bateri pula sebesar 10,000mAh yang juga menyokong pengecasan pantas 80W menerusi sambungan USB-C.
Turut melengkapi tablet ini, kamera utama 16MP di belakang dan swafoto 13MP. Bagi memudahkan kerja produkviti, sokongan stylus dan papan kekunci fizikal juga turut diberikan. Lain-lain spesifikasi termasuklah empat unit pembesar suara dengan sistem audio DTS Ultra, sokongan Game Space dan menjalankan Android 13.
Harga jualan peranti bermula RMB3,999 (~RM2,565) (12/256GB) dan RMB4599 (~RM2,950) (16/512GB) sebuah. Ia disediakan dalam satu pilihan warna iaitu Night Knight.