Huawei Nova 11i Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM1299
Amy Maizuraa
Siri Huawei Nova 11 baharu telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan beberapa pilihan variasi model. Antara yang turut diperkenalkan semalam adalah Huawei Nova 11i yang menjadi sebuah lagi pilihan baharu untuk peranti 4G dengan cip Snapdragon 680.

Peranti juga dipadankan dengan skrin LCD sebesar 6.8″ FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Seterusnya gabungan memori 8GB RAM dan storan 256GB yang digunakan juga dianggap memadai untuk kebanyakan kegunaan harian.
Turut disertakan adalah sistem dwi-kamera utama dengan tetapan 48MP + 2MP dan kamera swafoto sebesar 16MP.Kapasiti bateri pula sebesar 5000mAh dan menyokong sistem pengecasan pantas 44W menerusi port USB-C.

Lain-lain spesifikasi termasuklah sokongan bluetooth 5.0, menjalankan EMUI 13 dan mempunyai imbasan cap jari sisi. Bagi yang berminat, peranti ditawarkan di Malaysia pada harga RM1,299 dengan pilihan warna seperti Starry Black dan Mint Green.
[info] Beli – Huawei Nova 11i [/info]