Honor 90 Dilancarkan Ke Pasaran Global – Cip Snapdragon 7 Gen 1 Dan Kamera 200MP
Amy Maizuraa
Honor 90 kini memasuki pasaran global selepas pelancarannya di China pada Mei lalu. Secara umumnya tiada perubahan diberikan baik dari aspek reka bentuk mahupun perkakasan dalaman. Ini bermakna peranti global adalah sama dengan variasi di China sebelum ini, cumanya tiada pilihan varian 16GB RAM disediakan.

Melaluinya peranti menggunakan skrin sebesar 6.7-inci OLED AMOLED (2664 x 1200 piksel) dengan kadar segar semula 120Hz. Ini digabungkan juga dengan cip Snapdragon 7 Gen 1, memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman pula mencapai 256GB.
Seterusnya kamera utama 200MP (EIS) + 12MP + 2MP digunakan dibelakang dengan kemampuan zum digital sehingga 10X dan merakam video maksimum 4K. Kemudian kamera hadapan pula sebesar 50MP yang juga boleh menghasilkan rakaman 4K.

Peranti juga mempunyai bateri 4,900mAh dan sistem pengecasan patas 66W. Lain-lain spesifikasi termasuklah pembesar suara dengan sistem audio Histen 7.1, sambungan USB-C, bluetooth 5.2 dan menjalankan MagicOS 7.1 berasaskan Android 13.
Harga jualan peranti bermula £449.99 (~RM2,675) (8/256GB) dan £499.99 (~RM2,972) (12/256GB) dengan pilihan warna Midnight Black, Emerald Green serta Diamond Silver. Peranti juga telah disahkan bakal ke pasaran Malaysia namun tarikh pelancaran masih misteri buat masa ini.
[info] Pandang Pertama HONOR 90 – Satu Lagi Peserta Perang 200MP [/info]