PM Anwar Ibrahim Akan Bertemu Elon Musk Minggu Hadapan, Berkaitan Pelaburan Di Malaysia
Aman
Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan bertemu dengan Elon Musk seawal minggu hadapan dalam membincangkan beberapa perkara, terutamanya dalam meningkatkan pelaburan Tesla di Malaysia.
Untuk makluman, Tesla sedia menjadualkan pelancaran rasmi di Malaysia pada 20 Julai 2023 kelak, dimana kita akan mendengar mengenai perancangan syarikat automotif elektrik berkenaan untuk pasaran tempatan.

Penyertaan Tesla di Malaysia dijangka membuka ruang kepada sejumlah perkara, termasuk membangunkan bakat-bakat baharu, selain peluang kerja yang baharu dalam arena teknologi. Ekosistem Tesla juga dijangka membantu dalam pembangunan industri kereta elektrik di Malaysia.
Dengan perkembangan terbaru ini, sama-sama kita harapkan agar pertemuan ini membawa kepada pelaburan baharu oleh Tesla di Malaysia.
[sumber]TheStar[/sumber]