Elon Musk hari ini mengesahkan ciri Twitter Circle akan dihentikan dalam masa terdekat. Ia akan digantikan dengan ciri DM dan Communities yang lebih baik kelak. Ciapan oleh Musk adalah jawapan kepada beberapa soalan daripada pengguna yang mengatakan terdapat beberapa isu mengenai Circle yang dilancarkan pada 2022.
Menerusi Circle, ciapan hanya dikongsi dalam kumpulan kecil yang dipilih sendiri oleh pengguna Twitter. Menerusi perkongsian Circle, ciapan tidak boleh dibaca oleh pengguna lain. Namun begitu di peringkat awal terdapat pepijat yang menyebabkan ciapan peribadi boleh dibaca juga oleh pengguna lain yang kemudiannya diselesaikan.