Vivaldi Menjadi Pelayar Web Utama Pada Mercedes CLE Coupé
Aman
Vivaldi merupakan salah satu pelayar web yang mempunyai sejumlah peminat tersendiri, disebabkan penawaran ciri-ciri unik padanya. Menariknya, selain untuk desktop, Vivaldi turut mencuri tumpuan dengan menawarkan pelayar web yang dioptimasikan untuk kenderaan.
Terbaru, Vivaldi mengumumkan kerjasama dengan Mercedes, dan ia akan menjadi pelayar web utama yang hadir terbina untuk Mercedes CLE Coupe.

Sebelum ini, Vivaldi sedia disertakan pada Mercedes E-Class, dan juga untuk Polestar. Perkara ini dijayakan oleh Vivaldi melalui menjadi yang terawal Android Automotive OS. Untuk makluman, Android Automotive OS adalah platform untuk kenderaan sepenuhnya, dan bukan sekadar sistem inforia seperti ditawarkan Android Auto.

Dengan penawaran pelayar web ini, pengguna boleh melayari web tanpa gangguan iklan, selain menggunakannya untuk melayari video, bermain permainan dan sebagainya.
Mungkinkah melalui kerjasama ini, kita akan melihat Vivaldi menerajui pasaran dalam arena pelayar web pada kenderaan?