Akhirnya, Kini Anda Boleh Kembali Ke TweetDeck Versi Lama
Aman
Pada minggu ini, pihak Twitter telah memperkenalkan kemaskini untuk versi TweetDeck baharu – yang mana tidak begitu digemari pengguna disebabkan oleh ketiadaan sokongan Teams, membuatkan ia sukar digunakan dalam pengurusan akaun-akaun Twitter.
Kini, selang beberapa hari, akhirnya pihak Twitter mengembalikan sokongan versi lama – dan membolehkan pengguna berpindah kembali ke TweetDeck versi sebelum ini.

Untuk bertukar ke versi lama, anda hanya perlu tekan pada butang More dan memilih Leave TweetDeck Preview. Anda akan diberikan pilihan untuk keluar terus dari TweetDeck baharu, dan menggunakan versi lama TweetDeck anda kembali. Berkemungkinan besar had untuk penggunaan TweetDeck hanya bagi akaun berbayar akan dikekalkan selepas tempoh sebulan seperti dikatakan Elon Musk sebelum ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.