Threads Akan Membenarkan Pengguna Padam Akaun Berasingan Daripada Instagram
Amy Maizuraa
Peningkatkan secara mendadak dalam tempoh masa terdekat, jelas menunjukkan bahawa aplikasi Threads boleh dikatakan mampu mencipta pengalaman menyenangkan dalam kalangan pengguna. Namun masih terdapat isu yang sedang hangat diperkatakan iaitu mengenai proses untuk memadam profil Threads hanya boleh dilakukan dengan memadam akaun Instagram sahaja.

Sedar berterusan menjadi persoalan dalam kalangan pengguna khususnya, kini Ketua Instagram, Adam Mosseri dalam satu kenyataan memberi penjelasan. Menurut beliau, pengguna masih boleh mengawal tetapan privasi dan memperibadikan profil tanpa memadam akaun Instagram. Ini termasuklah menyahaktifkan akaun, menyembunyikan profil serta kandungan, memadam siara tertentu dan lain-lain.

Dalam pada itu beliau turut menjelaskan Threads menggunakan akaun Instagram dalam mencipta profil. Namun pihaknya sedang mengusahakan dan mencari penyelesaian terhadap masalah berkaitan, sekaligus kelak membenarkan pengguna memadam akaun Threads secara berasingan daripada Instagram.

Walapun bagaimanapun ia masih dalam proses perancangan tanpa berkongsi lanjut mengenai tempoh waktu penawarannya secara khusus. Threads kini telah melangkau 70 juta pengguan aktif, dalam waktu sama aplikasi ini dikatakan bukan platform untuk perkongsian berita dan politik. Malahan lebih memberi fokus terhadap komuniti dan perkongsian positif.