Carian
Threads Kini Melangkaui 100 Juta Akaun Pengguna – Hanya Mengambil Masa 5 Hari
July 10, 2023 Aman

Threads, pesaing Twitter yang diperkenalkan oleh Meta pada minggu lepas, hari ini membuat kejutan apabila berjaya mencatatkan lebih 100 juta akaun pengguna berdaftar setakat ini. Ini sekaligus menjadikan Threads sebagai platform sosial yang paling pantas berkembang setakat ini.

Untuk perbandingan, Instagram sendiri mengambil-masa sekitar 2 tahun setengah untuk mencapai 100 juta pengguna, sementara TikTok mengambil masa sekitar 9 bulan. ChatGPT sebelum ini mengambil masa sekitar 2 bulan untuk mencapai angka pengguna 100 juta.

Threads dilihat menjadi platform terpantas setakat ini, dengan hanya mengambil masa sekitar 5 hari untuk mencapai angka tersebut. Ia telah dilancarkan pada 6 Julai 2023 lepas, dan hari ini pada 10 Julai 2023, Threads telah mempunyai lebih 100 juta pengguna berdaftar.

Beberapa faktor membuatkan Threads berjaya mencapai angka ini dengan pantas, terutamanya akaun yang dipautkan dengan Instagram dan proses pendaftaran yang mudah kepada pengguna.

Dengan pencapaian ini, semestinya yang seterusnya adalah cabaran dalam mengekalkan pengguna pada platform berkenaan – termasuk menarik pengiklan, serta memperkenalkan pelbagai ciri baharu menarik.

Komen