Twitter sejak dibawah Elon Musk, sedia melakukan beberapa halangan terhadap perkhidmatan pesaing. Sebelum ini, kita sedia melihat halangan dikenakan terhadap perkongsian melibatkan Substack, dan kini Twitter turut dilihat melakukan halangan terhadap carian berkaitan pautan Threads.
Melalui semakan carian khusus melibatkan pautan Threads, tiada sebarang hasil carian yang dipaparkan kepada umum.
Langkah ini dilihat diambil oleh Twitter selepas Threads mencatatkan lebih 100 juta pengguna selepas tempoh hanya 5 hari sahaja, sementara beberapa laporan awal menyatakan trafik ke Twitter berkurangan – walaupun Elon Musk menyatakan sebaliknya.
Buat masa ini, Twitter masih membenarkan perkongsian pautan Threads pada perkhidmatan mereka, dan hanya lakukan sekatan atau halangan pada bahagian carian sahaja.