Carian
Hanya Dua Variasi Nothing Phone (2) Akan Dijual Di Malaysia
July 12, 2023 Fahim Zahar

Nothing Phone (2) sudah pun dilancarkan malam tadi. Peranti kedua Nothing ini hadir dengan skrin dan bateri lebih besar berbanding Phone (1), dijana dengan cip lebih berkuasa iaitu Snapdragon 8+ Gen 1, kamera 50MP setaraf peranti mercu, menjalankan Nothing OS 2.0 dengan ciri Glyph baharu.

Phone (2) akan dilancarkan di Malaysia pada 14 Julai ini dengan jualan pertama bermula 15 Julai secara eksklusif di Crossover, Mid Valley. Hanya terdapat dua variasi ditawarkan di Malaysia iaitu 12/256 GB dan 12/512 GB dengan pilihan warna putih atau kelabu gelap.

Di Amerika Syarikat harga jualan bermula dari $599 (~RM2,786), harga jualan di Malaysia hanya akan didedahkan pada hari pelancarannya tidak lama lagi.

Komen