Google NotebookLM Dilancarkan – AI Menghasilkan Ringkasan Nota Panjang
Effi Saharudin
Di Google I/O tempoh hari Project Tailwind telah diumumkan. Projek ini telah dilancarkan pula sebagai NotebookLM dengan kecerdasan buatan (AI) ini boleh menghasilkan ringkasan pendek untuk nota-nota panjang. Ia amat berguna untuk golongan pelajar yang ingin melihat ringkasan isu kandungan serta topik penting dalam nota kuliah yang mungkin panjang berjela.

Selain itu NotebookLM boleh menjawab soalan yang diberikan oleh pengguna berdasarkan kandungan nota yang telah diproses. Topik penting dan saranan soalan yang boleh ditanya akan disenaraikan pada skrin pengguna NotebookLM. Selain itu ia juga boleh digunakan untuk menjana idea berdasarkan nota yang diproses.
Menurut Google, NotebookLM ialah kecerdasan buatan yang khusus untuk satu set data yang diberikan dan oleh itu lebih diperibadikan mengikut keperluan pengguna. Ia kini boleh diakses menerusi Google Labs oleh pengguna di Amerika Syarikat sahaja pada waktu ini.
[sumber] NotebookLM [/sumber]