Elon Musk mengumumkan syarikat kecedasan buatan xAI minggu ini dengan sasaran memahami “sifat asal alam semesta”. Dalam sesi Twitter Spaces yang dilakukan oleh Elon Musk malam tadi, beliau mengatakan xAI akan dilatih menggunakan data pengguna Twitter.
Selain itu xAI juga akan menggunakan kepakaran perisian Tesla untuk membolehkan sebuah kecerdasan am buatan (artificial general intelligence) atau akronimnya AGI dihasilkan. Beliau turut meramalkan xAI akan dapat menghasilkan AGI menjelang 2029.
Dengan pengakuan xAI menggunakan data Twitter, tidak mengejutkan Elon Musk telah memulakan kes saman ke atas empat entiti yang didakwa menggunakan data syarikat milik beliau bagi melatih AI tanpa kebenaran. Isu mengenai data latihan kini menjadi isu etika kerana OpenAI dan Midjourney telah disaman oleh penulis serta artis kerana turut didakwa menggunakan harta intelek untuk melatih AI tanpa kebenaran.