CelcomDigi Menggabungkan Rangkaian Menggunakan Kelengkapan Huawei Dan ZTE
July 17, 2023
Telekomunikasi
Effi Saharudin
CelcomDigi mengumumkan mereka akan menggunakan kelengkapan telekomunikasi Huawei dan ZTE bagi menggabungkan rangkaian mereka. Menerusi kerjasama ini, lebih 25,000 tapak pemancar Celcom dan Digi akan digabungkan bagi memberikan perkhidmatan 4G dan 5G terbaik untuk pelanggan.

Pasca penggabungan, CelcomDigi menjadi syarikat telekomunikasi mudah alih terbesar di Malaysia. Sebelum ini mereka telahpun memulakan ujian rintis menggabungkan rangkaian pada Januari lalu. Dengan ini isu pelanggan Celcom mendapat sambungan lemah tetapi sebaliknya pula untuk pelanggan Digi di kawasan yang sama akan diselesaikan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.