Carian
Google Membatalkan Perancangan Membangunkan Aplikasi Chatbot AI Untuk Gen Z
July 17, 2023 Aman

Google kini dilaporkan telah membatalkan perancangan untuk membangunkan sebuah aplikasi chatbot berasaskan kecerdasan buatan khusus memfokuskan golongan pengguna Gen Z.

Produk berkenaan dikenali secara dalaman sebagai “Bubble Characters”, dimana ia akan menawarkan sebuah watak yang pengguna boleh berinteraksi dalam mendapatkan pelbagai info. Aplikasi ini dikuasakan oleh kecerdasan buatan dan model bahasa raya Google tersendiri.

Walaubagaimanapun, dengan penstrukturan semula Google, projek berkenaan kini tidak lagi menerima perhatian, dan tidak diketahui sama ada akan diteruskan atau sebaliknya.

Buat masa ini, nasib projek berkenaan tidak diketahui lagi. Sebagai alternatif, Google sedia menawarkan Google Bard yang menawarkan ciri lebih kurang sama.

Komen