Nearby Share Kini Boleh Digunakan Pada Komputer Windows
Effi Saharudin
Google Nearby Share kini boleh digunakan oleh semua pemilik peranti Android untuk memindahkan fail kepada komputer Windows. Ia adalah ciri seakan AirDrop yang membolehkan pemindahan nirwayar dilakukan dengan pantas. Pada April lalu ciri ini diberikan sebagai ujian Beta kepada pengguna yang berminat.

Dengan ia kini dilancarkan secara rasmi, Nearby Share boleh menunjukkan masa diambil untuk menghantar fail pada peranti supaya anggaran boleh dilakukan. Prebiu fail yang dihantar juga boleh dilihat. Bagi yang ingin menggunakan Nearby Share pada Windows, sila ke pautan di bawah untuk memuat turun ke komputer.
Sejak ujian dimulakan, Google berkata lebih 50 juta fail berjaya dihantar antara peranti Android dan PC. Mereka kini dalam perbincangan untuk memasang aplikasi Nearby Share pada PC keluaran HP.
[download] Microsoft Nearby Share [/download]