Aplikasi ChatGPT Bakal Hadir Ke Android Pada Minggu Hadapan
Aman
OpenAI sedia memperkenalkan aplikasi ChatGPT pada iPhone sebelum ini. Kini, mereka turut menyasarkan untuk memperkenalkan aplikasi untuk pengguna Android, seawal minggu hadapan.
Selari dengan perkara berkenaan, kini OpenAI telah menyenaraikan ChatGPT pada Google Play Store, membolehkan pengguna Android mendaftar minat dan memuat-turunnya apabila tersedia kelak.

Melalui aplikasi ChatGPT, ia memudahkan lagi akses ke perkhidmatan kecerdasan buatan dalam mendapatkan bantuan atau info berkaitan sesuatu perkara. Langkah ini juga sekaligus mengatasi pelbagai aplikasi palsu dan berbahaya yang disebarkan kepada pengguna yang kurang berpengetahuan IT melalui penawaran aplikasi rasmi.
Bagi anda yang berminat, boleh ke laman Google Play Store, dan mendaftar minat hari ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.