Carian
Bloomberg : Apple Dijangka Meningkatkan Harga Jualan Siri iPhone 15 Pro Tahun Ini
July 24, 2023 Aman

Selari dengan laporan sebelum ini, kini Bloomberg turut melaporkan Apple mungkin meningkatkan harga jualan siri iPhone 15 Pro pada tahun ini.

Ia dikatakan Apple dijangka mengeluarkan sekitar 85 juta unit iPhone 15 pada tahun ini, dan peningkatan harga ini akan membolehkan Apple terus meningkatkan pendapatan mereka. Buat masa ini, Apple dikatakan menghadapi masalah melibatkan pengeluaran skrin, tetapi ia dijangka akan diatasi dalam masa seminggu dua lagi.

Menurut laporan sama, Apple mungkin mengurangkan angka pengeluaran model iPhone 15 biasa, dan lebihkan sedikit pengeluaran siri iPhone 15 Pro. Apple dijangka hadir dengan empat model iPhone baharu, sama seperti tahun-tahun lepas, iaitu iPhone 15, iPhone 15 Plus, iPhone 15 Pro dan juga iPhone 15 Pro Max.

Dari segi harga, pada hari ini, iPhone 14 Pro ditawarkan pada harga bermula RM5299 di Malaysia, sementara iPhone 14 Pro Max ditawarkan bermula RM5799. Mungkinkah kita melihat penawaran pada harga bermula RM6,000 untuk model iPhone 15 Pro Max selepas ini sekiranya berlaku peningkatan harga jualan?

Komen