Cari @ Amanz

Mahkamah di Texas hari ini mengarahkan Google membayar pampasan $338.7 juta (RM1.5 bilion) kerana didapati bersalah melanggar tiga paten teknologi milik syarikat Touchstream. Paten yang dilanggar Google digunakan pada Chromecast untuk menyiarkan kandungan pada peranti ke televisyen.

Touchstream memfailkan saman ke atas Google pada tahun 2021. Dalam dokumen yang difailkan. mereka mendakwa Google pernah bertemu dengan mereka untuk melihat teknologi menyiarkan kandungan pada tahun 2011 sebelum kemudian mengatakan mereka tidak berminat. Paten teknologi ini difailkan pada tahun 2010 oleh pengasas Touchstream dan Chromecast hanya dilancarkan pada tahun 2013.

Selain pada Chromecast, Google juga didakwa Touchstream menyalahgunakan paten mereka pada Google Home dan Nest. Google akan melakukan rayuan ke atas keputusan mahkamah dengan mendakwa paten milik Touchstream adalah tidak sah. Pada bulan Mei lalu, Google juga diarahkan membayar pampasan kepada Sonos kerana didapati bersalah melanggar paten teknologi menyiarkan audio pada Chromecast.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd