Carian
UiTM Kuala Pilah Menjadi Lokasi Pertama Dipasang Dengan Starlink Di Malaysia
July 28, 2023 Aman

Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan akan memasang Starlink di 10 kampus UiTM seluruh negara. Lanjutan daripadanya, kini unit pertama Starlink di Malaysia telah pun dipasang di UiTM Kuala Pilah.

Pemasangan Starlink di UiTM Kuala Pilah. (Gambar @fauzimdisa)

Dengan pemasangan ini, kerajaan menyasarkan liputan rangkaian internet di kampus berkenaan akan ditambah-baik lagi berbanding sebelum ini. Ia digunakan sebagai sementara menunggu peruntukkan lebih besar dalam memasang titik akses WiFi di kampus berkenaan. Menteri Komunikasi dan Digital turut menyatakan melalui penelitian pihak SKMM, ia didapati terdapat pelbagai titik buta disekitar kampus UiTM Kuala Pilah berkenaan.

Selain di institusi pengajian, kerajaan juga akan mengenal-pasti beberapa lokasi sekolah dan klinik kerajaan yang memerlukan bantuan internet satelit dan menggunakan Starlink di sana.

Walaupun menggunakan Starlink, kerajaan turut sama menekankan yang mana penyedia perkhidmatan tempatan tidak diketepi, dan akan terus dipertingkatkan lagi.

Sebelum ini, Starlink telah ditawarkan di Malaysia, dengan langganan bulanan RM220 untuk kelajuan mencapai 100Mbps, disamping perlu membeli peralatan terlebih dahulu pada harga bermula RM2300.

Komen