Tahun 2023 tidak bermula dengan baik buat Samsung Electronics dengan mereka mencatatkan pengurangan keuntungan 95% pada Q1 2023 berbanding Q1 2022. Trend pengurangan ini berterusan pada Q2 2023 dengan mereka mencatatkan keuntungan KRW 0.67 trilion (~RM 2.37 bilion) yang adalah jauh lebih rendah berbanding KRW 14.12 trilion (RM 49.9 bilion) yang dicatatkan pada Q2 2022 – sekali bersamaan dengan pengurangan 95% keuntungan.

Pengurangan ini disebabkan oleh jualan telefon pintar yang berkurangan pada suku yang berakhir 30 Jun 2023. Walaupun keuntungan berkurangan dengan drastik, Samsung mengatakan sambutan dan jualan untuk siri Galaxy S23 adalah lebih tinggi berbanding siri Galaxy S22 tahun lalu.
Satu lagi faktor penyusutan pendapatan ini ialah permintaan untuk cip DRAM dan storan yang turut berkurangan daripada pengeluar lain. Mengikut data daripada Canalys dan IDC pengeluaran telefon pintar menyusut sekitar 15% dengan di Amerika Syarikat ia lebih serius kerana menyusut 24% pada suku lalu.
Sungguhpun laporan kewangan ini tidak membanggakan, Samsung optimis bahawa pendapatan syarikat akan meningkat semula pada H2 2023 dipacu oleh jualan Galaxy Z Fold5 dan Galaxy Z Flip5 yang baru dilancarkan serta pemulihan ekonomi global.
- Sumber
- Samsung