Replika iPhone 15 Pro sebelum ini telah memperlihatkan rekaan bezel skrin yang lebih nipis. Saiz skrin walau bagaimanapun dikatakan kekal sama dan rekaan ini akan diteruskan sehingga iPhone 16 Pro sebelum menggunakan rekaan nirbingkai penuh pada iPhone 17 Pro.
Semalam sekali lagi terdapat laporan menyatakan skrin iPhone 15 Pro akan hadir dengan bezel lebih nipis berbanding model lepas, iaitu 1.5mm berbanding 2.2mm. Bukan itu sahaja, iPhone 15 Pro turut dijangka akan menggunakan kerangka titanium untuk lebih tahan lasak.

Menariknya, Mark Gurman turut menyatakan penggunaan skrin nirbingkai ini mungkin akan dibawa kepada iPad juga. Pada hemat saya bezel iPad sekarang sudah cukup nipis di tahap yang selesa untuk dipegang dan dikendalikan. Jika Apple kelak akan menggunakan bezel lebih nipis, iPadOS perlu ada sistem palm rejection yang baik. Sama-sama kita nantikan.
- Sumber
- Bloomberg – Mark Gurman