Rekaan Samsung SmartTag Baharu Tertiris
Effi Saharudin
Samsung SmartTag dilancarkan pada tahun 2021 sebagai penjejak objek bluetooth yang menggunakan ekosistem Samsung. Ura-ura sebelum ini mengatakan model baharu akan dilancarkan tahun ini tetapi ia tidak pula tiba semasa pelancaran Z Fold5 dan Z Flip5 minggu lalu.

Hari ini rekaan Samsung SmartTag baharu telahpun tertiris selepas ia memasuki pangkalan data FCC di Amerika Syarikat. Rekaannya adalah amat berbeza dengan generasi pertama kerana ia kini bebentuk bujur dengan lubang untuk kunci yang lebih besar. Pada tubuh ia masih lagi menggunakan nama Samsung SmartTag dan bukannya SmartTag 2.
Tiada maklumat lain diketahui tetapi besar kemungkinan masih menggunakan teknologi Bluetooth serta sokongan UWB untuk penjejakan lokasi yang lebih tepat. Dengan ia tidak dilancarkan bersama peranti skrin boleh-lipat minggu lalu, kemungkinan besar ia akan dilancarkan serentak dengan siri Galaxy S24 awal tahun depan.
[sumber] Sammobile [/sumber]