Snapchat, Bing dan Office adalah antara perkhidmatan yang kini mempunyai sokongan kecerdasan buatan (AI) yang boleh berinteraksi dengan pengguna seperti manusia sebenar. Terkini Meta dilaporkan akan melancarkan pula chatbot dengan kecerdasan buatan pada beberapa aplikasi milik mereka menurut Financial Times.

Chatbot ini akan mempunyai personaliti berbeza yang boleh dipilih oleh pengguna. Antara personaliti yang ditawarkan ialah seakan presiden Abraham Lincoln. Ia boleh memberikan saranan destinasi pelancongan, membeli hadiah dan menyarankan mesej yang boleh ditaip. ini diharap akan meningkatkan masa pengguna dalam aplikasi seperti Instagram serta Facebook.
AI untuk Instagram telahpun tertiris pada Jun lalu dengan terdapat 30 personaliti berbeza. Apabila dilancarkan kelak ia adalah mrip My AI yang ditawarkan kepada pelanggan Snapchat+ sejak beberapa bulan lalu. Dengan minit kepada dunia metamesta tidak begitu tinggi, Meta nampaknya memberikan tumpuan kepada AI pula. Hanya beberapa minggu lalu Thread dilancarkan dan selepas kehangatan awal kini mempunyai kurang daripada separuh pengguna asal.
- Sumber
- Financial Times