Promosi Acer Day Kembali Dengan Promosi Jualan Dan Hadiah Percuma
Nazrin
Acer Day merupakan acara tahunan Acer Malaysia dimana mereka akan memperkenalkan promosi jualan untuk penawaran komputer-komputer mereka, disamping aktiviti-aktiviti tambahan yang membolehkan para pelawat untuk memenangi hadiah-hadiah percuma.

Acer Day 2023 hadir dengan tema Ace Your World akan bermula pada 3 Ogos 2023 dan memperlihatkan pelancaran sebuah komputer riba baru, iaitu Acer Swift Go 14 Special Edition yang dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel Core-H generasi ke-13 yang serba baru, berbeza dengan Acer Swift Go 14 sebelum ini yang dikuasakan oleh cip pemprosesan AMD.

Hari pertama Acer Day 2023 juga diadakan pada hari pertama Shopee Super Brand Day, dimana Acer Malaysia akan mengadakan acara Shopee Live, dimana Acer akan memperlihatkan jualan khas melalui Shopee Live bermula 1pm dengan bukan sahaja memperlihatkan diskaun besar pada barangan mereka, tetapi juga telah menyediakan hadiah percuma bernilai RM9000, termasuklah sebuah komputer riba Acer Swift Edge.
Sewaktu jualan Acer Day ini, Acer akan memperlihatkan jualan produk dengan diskaun setinggi RM1430 yang boleh didapati bukan sahaja melalui kedai atas talian, tetapi kedai-kedai fizikal pengedar rasmi produk Acer juga, termasuklah kedai fizikal Acer Malaysia sendiri. Sewaktu tempoh jualan ini juga, pelanggan akan diberi baucar RM250 yang boleh digunakan sebagai diskaun tambahan.

Lebih menarik lagi, acara Acer Day ini akan berlangsung selama dua bulan, bermula 3 Ogos 2023 sehingga 30 September 2023, dimana pelanggan juga akan berpeluang memenangi hadiah seperti kredit Touch’n’Go, komputer riba Acer Nitro 5, kerusi gaming dan bagasi berjenama Predator.
Jika anda membeli komputer desktop ataupun komputer riba gaming Acer Predator atau Nitro, anda juga berpeluang memenangi sepasang tiket ke Sydney, Australia untuk menghadiri acara Intel Extreme Masters bernilai $2000 (~RM8500).
[sumber]Acer Malaysia[/sumber]