Carian
Spesifikasi Xiaomi 13T Pro Tertiris – Skrin 144Hz Dan Cip Dimensity 9200+
August 3, 2023 Fahim Zahar

Siri Xiaomi T adalah peranti mercu mampu milik dengan spesifikasi skrin hebat, cip berkuasa, speaker Dolby Atmos, dan kamera yang hebat. Peranti dalam siri ini biasanya dijual pada harga yang sangat kompetitif.

Tahun ini Xiaomi dijangka akan melancarkan Xiaomi 13T Pro. Beberapa spesifikasi peranti baru-baru ini tertiris. 13T Pro turut dijangka akan menggunakan skrin 6.67″ OLED 144Hz, dijana cip Dimensity 9200+, memori jenis LPDDR5X dan storan pula jenis UFS 4.0.

Xiaomi 12T Pro

Bateri dikatakan adalah 5000mAh dan menyokong pengecasan pantas 120W. Untuk kamera masih tidak pasti jika Xiaomi akan menawarkan kamera 200MP seperti Xiaomi 12T Pro. Selain itu peranti ini turut menyokong WiFi 6E dan menyokong NFC.

13T Pro dijangka akan dilancarkan pada bulan September akan datang untuk pasaran global. Sementara di China peranti ini dikatakan akan dijual sebagai Redmi K60 Ultra. Sama-sama kita nantikan.

Komen