Telekom Malaysia kini meningkatkan harga langganan untuk pelan internet berkelajuan tinggi mereka, Unifi 2Gbps. Ketika pengenalan, ia ditawarkan pada harga langganan RM399 sebulan, tetapi harga langganannya kini ditingkatkan kepada RM428.90 sebulan.

Peningkatan sebanyak RM29.90 ini dilihat disebabkan oleh penyertaan langganan Netflix bersama dengan pakej tersebut. Pelanggan tidak diberikan pilihan untuk melanggan tanpanya buat masa ini.
Buat masa ini, pihak TM tidak menawarkan pilihan langganan tanpa penyertaan pakej Unifi TV untuk pakej 2Gbps dan 1Gbps.
Selain pakej 2Gbps, harga langganan 1Gbps juga ditingkatkan kepada RM378.90 sebulan (berbanding RM349 sebulan sebelum ini) disebabkan oleh penyertaan pakej Netflix bersama dengannya.