Lemokey L3 Dilancarkan – Papan Kekunci Gaming Pertama Keychron
Fahim Zahar
Keychron adalah pengeluar papan kekunci yang cukup popular. Mereka menawarkan papan kekunci yang memberi kebebasan kepada pengguna untuk melakukan kustomasi sendiri. Terdapat pelbagai variasi yang ditawarkan dengan ada khusus untuk produktiviti, tetapi hanya baru-baru ini mereka melancarkan papan kekunci gaming pertama.
[info] Ulasan Keychron Q1 – Papan Kekunci Tersuai Terbaik Untuk Yang Baru Mula [/info]

Papan kekunci ini adalah Keychron Lemokey L3. Lemokey L3 menggunakan rekaan dwi-gasket fleksibel, PCB yang menyokong hotswap, sambungan nirwayar ke beberapa peranti serentak, hadir dengan tubuh aluminium, kekunci PBT, Bluetooth 5.1, WiFi 2.4GHz dan menyokong perisian QMK atau VIA.

Lemokey L3 dikatakan menyokong sambungan dengan sela masa rendah, mempunyai tombol berputar, empat kekunci makro dan sudah semestinya sokongan lampu RGB. Penstabil Lemokey L3 menggunakan jenis skru ke dalam dan suis pula jenis Gateron Jupiter dengan tiga pilihan berbeza.

Harga jualan bermula dari $189 (~RM860) untuk set kerangka dan PCB sahaja. Sementara set lengkap pada harga $209 (~RM952). Penghantaran adalah bermula September nanti untuk mereka yang tempat melalui Kickstarter. Papan kekunci ini besar kemungkinan akan dijual di Malaysia melalui Keybot nanti.
[sumber] Kickstarter [/sumber]