Xiaomi dilihat semakin serius dengan penawaran tablet. Xiaomi Pad 6 baru sahaja dilancarkan dan kini mereka dilaporkan akan melancarkan pula Redmi Pad SE pula. Tablet ini adalah jenis mampu milik dan merupakan pengganti kepada Redmi Pad yang dilancarkan pada tahun lalu pada harga RM899.

Imej pengolokan dan spesifikasi Redmi Pad SE turut tertiris. Tablet ini akan hadir dengan skrin bersaiz sekitar 10″ 2K 90Hz, dijana Snapdragon 680, memori LPDDR4X RAM,speaker stereo Dolby Atmos, kamera utama 8MP, kamera swafoto juga 8MP dan menggunakan bateri 8000mAh dengan pengecasan 22.5W.

Redmi Pad SE akan menjalankan MIUI 14 berasaskan Android 13 Tidak pasti lagi sama ada adakah tablet ini akan dilancarkan di Malaysia, menyokong kerangka papan kekunci atau juga stylus. Sama-sama kita nantikan.
- Sumber
- Xiaomiui