Carian
Nothing Memperkenalkan Subjenama Baharu, CMF By Nothing
August 3, 2023 Fahim Zahar

Seperti yang pernah kami laporkan sebelum ini, Nothing kini mengumumkan bakal hadir dengan sub-jenama tersendiri iaitu Particles by XO. Hari ini melalui video kemas kini Nothing Community, Carl Pei mengumumkan secara rasmi yang nama sub-jenama mereka yang serba baharu tersebut adalah CMF by Nothing.

CMF by Nothing akan memfokuskan kepada produk lebih mampu milik, rekaan unik serta kualiti terbaik yang tidak boleh ditemui pada jenama lain dalam kategori sama. Ia sedikit berbeza dengan jenama Nothing yang memfokuskan kepada produk premium, rekaan berinovasi dan teknologi terkini.

Menurut Pei, CMF by Nothing akan dikendalikan oleh pasukan pekerja tersendiri, dan tidak menganggu fokus pihak Nothing. Akan datang mereka turut akan melancarkan jam tangan pintar dan juga set fon telinga. Memandangkan CMF by Nothing adalah produk mampu milik, jam mereka mungkin bukan berasaskan Wear OS. Sementara set fon telinga nanti mungkin berbentuk unik dan aneh seperti pernah tertiris sebelum ini.

Komen