Cari @ Amanz

Sejak sedekad lalu terdapat usaha untuk menjadikan roboteksi – teksi swapandu – realiti tetapi ia masih belum mampu dicapai kerana kekangan teknologi. Tahap 5 ialah tertinggi dengan tiada langsung campur tangan manusia tetapi pada waktu Mercedes adalah satu-satunya syarikat yang memasarkan sistem swapandu paling canggih sekadar Tahap 3.

Toyota dan Pony.ai hari ini mengumumkan kerjasama untuk menghasilkan roboteksi dengan kemampuan swapandu Tahap 4. Kedua-dua syarikat akan melaburkan RMB 1 bilion untuk membangunkan sistem swapandu ini. Toyota akan membekalkan kenderaan elektrik dengan pelbagai sensor yang diperlukan untuk pemanduan Tahap 4 menerusi perisian PonyPilot+.

Kedua-dua syarikat sebelum ini telahpun bekerjasama dalam ujian roboteksi di bandaraya Guangzhou, Beijing, Shanghai, dan Shenzhen. Sejak April lalu kereta Toyota Sienna Autono-MaaS (S-AM) telah diuji dengan perisian swapandu generasi keenam Pony.ai.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd