Carian
Spotify DJ Diberikan Ke 50 Lagi Negara – Malaysia Terkecuali
August 8, 2023 Effi Saharudin

Harga langganan bulanan Spotify Premium di Malaysia naik minggu lalu memberikan petanda adakah ciri baharu akan ditawarkan bagi mengubat hati pengguna. Hari ini ciri kecerdasan buatan Spotify DJ diberikan kepada 50 lagi negara tetapi malang sekali Malaysia terkecuali daripada menerimanya.

Menerusi Spotify DJ, saranan muzik dan senarai main akan diberikan bagi mereka yang tidak ingin memilih sendiri apa yang ingin di strim. Ia juga boleh memberikan komentar mengenai lagu sebelum ia dimainkan seperti seorang DJ radio manusia.

Pada waktu ini ciri Spotify DJ boleh digunakan oleh pengguna di Afrika Selatan, Amerika Syarikat, Antigua, Australia, Bahamas, Barbados, Barbuda, Belize, Botswana, Burundi, Dominica, Eswatini, Fiji, Filipina, Gambia, Ghana, Grenada, Guyana, Ireland, Jamaica, Kanada, Kenya, Kepulauan Solomons, Kiribati, Lesotho, Liberia, Malawi, Malta, Marshall Islands, Namibia, Nauru, New Zealand, Nigeria, Pakistan, Palau, Papua New Guinea, Rwanda, Saint Kitts and Nevis, Saint Lucia, Saint Vincent and the Grenadines, Samoa, Sierra Leone, Singapura, Sweden, Tanzania, Tonga, Uganda, United Kingdom, Vanuatu, Zambia, Zimbabwe. 

Komen