Arab Saudi mengikut langkah Kesatuan Eropah (EU) dan India mewajibkan penggunaan port pengecasan USB-C pada peranti elektronik yang dipasarkan di negara tersebut. Arahan dikeluarkan oleh Organisasi Piawaian, Metrologi dan Kualiti Saudi dan Suruhanjaya Komunikasi, Angkasa dan Teknologi Saudi.

Dalam peringkat pertama, peranti elektronik seperti telefon pintar, tablet dan fon kepala perlu menyokong USB-C bermula 1 Januari 2025. Pada peringkat kedua bermula 1 April 2026 pula, komputer riba dan komputer mudah alih perlu menyokong USB-C.
Penggunaan satu sahaja kepala pengecasan diharap dapat mengurangkan sampah elektronik, meningkatkan kadar pemindahan data dan memudahkan kehidupan pengguna di Arab Saudi. Arahan daripada EU dan India sebelum ini akhirnya berjaya memaksa Apple untuk tidak lagi menggunakan port Lightning pada iPhone tahun ini.
- Sumber
- Khaleej Times