Cari @ Amanz

Bulan Mei lepas, Google telah melancarkan Passkey iaitu kaedah baharu log masuk yang menggantikan kata laluan. Passkey disokong oleh FIDO Alliance, Apple dan Microsoft. Menerusinya akaun boleh di log masuk menggunakan imbasan biometri jari, imbasan wajah atau pin skrin kunci peranti.

Terbaru, WhatsApp dilihat sedang menguji ciri ini untuk peranti Android. Dengan ciri ini apabila pengguna log masuk ke WhatsApp, besar kemungkinan kod pada SMS tidak lagi diperlukan kerana Passkey menurut Google adalah kaedah log masuk yang paling selamat.

Passkey turut mempunyai kod khas untuk setiap akaun, tetapi tidak perlu diingati oleh pengguna kerana semuanya disimpan dalam Google Password Manager dan proses log masuk selepas pengesahan dilakukan secara automatik. Ini adalah satu ciri keselamatan tambahan, kerana sebelum ini WhatsApp dilihat meminta emel pengguna untuk pengesahan akaun. Buat masa ini ia masih dalam peringkat ujian dan tidak pasti bila akan dilancarkan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd