Peranti boleh-lipat baharu Xiaomi telah dijadualkan tiba secara rasmi pada 14 Ogos 2023. Kalau mengikut pada perkiraan, ia menjadi peranti boleh-lipat ketiga dihasilkan Xiaomi yang seharusnya akan terdapat sesuatu lebih menarik ditawarkan berbanding generasi sebelum ini.


Pada kali ini juga Xiaomi dilihat telah membuat pengubahsuaian rekabentuk yang drastik dengan menyertakan sistem kuad-kamera. Salah satu daripadanya adalah lensa berbentuk empat segi yang memberi petanda bahawa peranti boleh mempunyai kemampuan zum yang tinggi. Ini digabungkan lagi dengan sistem kamera Leica yang kita boleh menjangkakan peranti juga mampu menawarkan pengalaman fotografi yang baik.


Berbanding sebelumnya, Xiaomi Mix Fold 3 mempunyai panel belakang dengan dua kemasan, sama ada berkilat atau kulit. Melengkapi peranti juga adalah tubuh serba nipis bersama sokongan engsel yang juga lebih baik. Ini merupakan rekabentuk rasmi yang dikongsi oleh Pengasas Xiaomi, Lei Jun di Weibo namun tiada pula butiran lanjut mengenai spesifikasi disertakan bersama.
- Info
- Sumber – Weibo